Pages

Tuesday 20 May 2014

3 Tips Penting Sebelum Daftar Ahli Shaklee

Terlajak perbuatan buruk padahnya!

Entri kali ini saya nak kongsi bagaimana nak menjadi ahli shaklee yang berjaya. Ada 3 tips penting sebelum daftar ahli Shaklee yang berjaya. Maksud saya ahli shaklee yang berjaya memperolehi pendapatan bulanan 4,5 dan 6 angka sebulan. Untuk menjadi ahli shaklee yang berjaya tidak boleh daftar ahli dengan penaja sesuka hati dan main hentam kormo jer. Jangan main semborono jer. Jom kita baca entri ini sampai habis! 

Jangan daftar menjadi ahli shaklee dengan 3 jenis penaja ini!


1. Daftar ahli dengan orang terdekat

Maksud orang terdekat ni ialah:

  • Kawan sepejabat
  • Jiran tertangga
  • Saudara mara

Kita daftar ahli shaklee adalah semata-mata untuk menyokong mereka walhal kita tidak pun tahu sama ada mereka ini adalah ahli shaklee yang aktif atau sekadar wujud sahaja. Memang tidak salah untuk mendaftar ahli shaklee di bawah mereka tetapi bagaimana mereka nak membimbing kita untuk berjaya dalam bisnes Shaklee sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang bisnes Shaklee. Mereka tidak tahu cara paling jimat kos dan selamat dalam membina empayar bisnes dengan Shaklee.


Menjadi ahli shaklee dalam group yang betul

Menjadi ahli shaklee dalam group yang betul

Menjadi ahli shaklee dalam group yang betul

Lebih memburukkan keadaan ialah apabila kita tidak mempunyai mentor untuk dirujuk. Jawapan yang paling best bila kita tanya pada mereka ialah

"Apa susah, ko cari jer kat google. Mesti dapat jawapan." 

Nak best lagi apabila mereka suruh kita menyamar sebagai customer dan hubungi blog superbvitamin.blogspot.com 

"Alaaaa, ko whatsApp jer blog ni. Cuba ko menyamar sebagai customer. Ko cubalah whatsApp blog Shaklee yang femes tu. Insyallah ko akan dapat info."

Percayalah! Apabila kita mendaftar ahli dengan penaja yang tak tahu apa-apa pasal Shaklee, jangka hayat kita dalam bisnes Shaklee akan menjadi pendek. Semangat yang meluap-luap nak buat duit dengan Shaklee tiba-tiba akan luntur dan menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Finally kita yang akan meroyan dan menyalahkan Shaklee tak betul walhal kita yang telah melakukan kesilapan sendiri sejak dari langkah pertama menyertai Shaklee. 


2. Daftar ahli shaklee dengan penaja yang tak berapa aktif dan tak power

Ada beza di sini penaja aktif dan power dengan penaja aktif tapi tak power. Kalau nak berjaya dalam bisnes Shaklee kena daftar dengan penaja yang aktif. Betul tak? Tapi jangan lupa pada satu lagi kriteria yang penting ini iaitu 'POWER".


  • Penaja aktif dan power = Power dari segi permasaran offline dan online. Customer yang akan ghairah mencari dia
  • Penaja aktif tapi tak power = Hanya power permasaran offline iaitu kaedah jumpa orang jual barang.

Dalam zaman moden ini sudah pastinya kita dituntut untuk berniaga mengikut konsep bisnes terkini. Kita mesti seiring dengan kecanggihan zaman. Bukan kita yang ketinggalan zaman tau! Daftarlah menjadi ahli Shaklee dengan leader yang aktif dan power. Sebab apa kena power? Power yang macam mana? Jangan salah sangka ya! Power bukan dari segi kekuatan fizikal tetapi power dari segi ilmu dan pengetahuannya mengenai internet marketing. 

Apabila kita mendaftar ahli shaklee dengan penaja yang aktif dan power, segala ilmu internet marketing akan ditransformasikan kepada kita.


Seisi kelas blog marketing

Seisi kelas blog marketing

Seisi kelas blog marketing


 Ini maanfaatnya jika penaja kita power:
  • Anda akan diberi akses ke dalam 'secret group fb' saya yang hanya boleh disertai oleh downline saya sahaja. Anda juga secara automatik akan diakseskan ke secret group fb upline saya (Master) yang sudah berjaya. Dalam group ini banyak info tentang perniagaan online, tips marketing, cara closing dengan betul, bagaimana nak menarik pelanggan dan banyak lagi rahsia perniagaan yang akan diberikan kepada anda
  • Anda juga akan dimasukkan ke satu lagi group iaitu group untuk belajar teknik pemasaran online. Di sini anda akan diajar bagaimana facebook marketing, selok belok berbloging, dan cara nak menconqure google.
  • Personal coach akan diberikan berdasarkan permintaan melalui seminar dan kelas.
  • Jika anda tidak tahu berfacebook atau berblog, kami akan ajar bagaimana caranya. Semuanya akan diberikan. Janji anda ada kemahuan yang jitu untuk berjaya.
  • Ramai downline saya mendapat income 4 angka hanya selepas menyertai kumpulan kami selama 2 atau 3 bulan sahaja. Anda bagaimana? Nak seribu daya, taknak duduk diam-diam

3. Daftar ahli shaklee dengan penaja yang tak tahu promosi

Ada 2 element penting dalam setiap perniagaan. Marketing power dan closing power. Closing power memang senang untuk diajar dan dilakukan. Tetapi bagaimana dengan permasaran/marketing?

Memandangkan majoriti yang mengerjakan bisnes shaklee ini secara sambilan, mestilah nak tahu tips bagaimana nak buat promosi shaklee dengan santai dan flexible. Mesti nak tahu macam mana konsep kita tak cari customer tapi customer yang ghairah cari kita. Mesti nak tahu macam mana bisnes shaklee boleh dijalankan tanpa mengganggu kerja hakiki kita. Boleh dijalankan 24 jam 7 hari seminggu. Best tak?

Tahun 2013 saya dan isteri meraih 7 awards dengan Shaklee.

Awas! Jangan tersilap daftar ahli dengan penaja yang tak tahu marketing planning. Silap hari bulan bisnes yang nak diusahakan tidak kemana kerana sibuk mendalami ilmu nak promosi shaklee. Kita sibuk menghabiskan masa mempelajari ilmu promosi daripada niat sebenar nak bisnes shaklee. Jika orang lain 3 bulan dah berjaya dapat pendapatan 4 angka, kita mungkin setahun baru nak rasa atau mungkin karam di lautan kegagalan.

Okaylah itu sahaja tips yang saya dapat kongsikan di sini. Sebelum entri ni diakhiri saya sudahi dengan bait-bait kata ini,

Ramai yang beria-ia nak berenang ke pulau kejayaan. Tapi tak semua yang berjaya sampai ke sana dek kerana kekurangan stamina dan ilmu berenang di lautan. Natijahnya mereka karam di lautan kegagalan!


Isteri saya pemilik blog superbvitamin.blogspot.com

Jom buat bisenss dengan shaklee bersama kami di Superb Fantastic Team. Langkah pertama untuk anda daftar menjadi ahli shaklee adalah klik best buat shaklee bisnes 

Kalau nak best lagi untuk mengetahui dunia bisnes Shaklee boleh klik iReach menentang MLM haram jadah

Boleh contact saya untuk daftar menjadi ahli shaklee di 0192249556 ~Najamuddin





Wednesday 30 April 2014

Ibu tunggal mesti rebut peluang menjana pendapatan dengan shaklee

La Tahzan!

Orang putih cakap 'past is past, looking foward now! Chewah. Kenapa dan sebab apa seorang isteri menjadi ibu tunggal janganlah ditanya lagi. Sama ada bercerai hidup atau mati, kehidupan mesti diteruskan. Jangan meratapi takdir. Setiap kesulitan itu pasti tersimpan sejuta rahmat. Yang penting semangat ibu tunggal perlu segera kembali seperti biasa demi meneruskan kehidupan bersama  anak-anak tercinta.
Usah terus merintih, usah terus menangisi nasib yang menimpa. Jangan biarkan kehidupan ibu tunggal menjadi sempit dan dibelenggu kemiskinan. Rebutlah peluang yang ada di zaman canggih ini untuk menjana pendapatan dan mengukuhkan ekonomi keluarga. Hanya kita sahaja yang boleh mengubah nasib kita. Tapi bagaimana caranya? Pasti ibu-ibu tunggal di luar sana nak tahu kan? Sila baca entri ini sampai habis.
Salah satu cara ibu tunggal mesti rebut peluang menjana pendapatan dengan shaklee. Sudah terbukti ramai yang berjaya merubah kehidupan dengan shaklee. Tambahan pula di zaman internet kini. Kita boleh melakukan bisnes shaklee online. Apa yang best bisness shaklee online ini?
Jika ibu tunggal mempunyai keazaman untuk berjaya dalam kehidupan kenalah baca entri yang menarik ini. Sila klik bestnya bisnes shaklee

Thursday 10 April 2014

Gila-Gila Blog Telah Muncul di Shah Alam

Akhirnya program sulung ASB berjaya dianjurkan!


Lama juga saya membiarkan blog yang masih muda ini terkontang kanting tanpa haluan. Bukan sengaja dibiarkan. Okaylah past is past. Yang penting kita kita kena sentiasa pandang ke depan. 

Baru-baru ini kumpulan ASB buat julung kalinya berjaya mengadakan program sulung mereka di Shah Alam. Untuk info ASB ialah geng suami pengedar Shaklee yang bernaung di bawah kumpulan besar iReach. Program ini dinamakan Gila-Gila Blog hasil cetusan ilham Faiz Awan Nano, Que Razali bukan Que Haidar, dan saya sendiri selaku suami kepada Maznifeaza Mustaffa taukey Superbvitamin atau dikenali Superb Fantastic Team adalah di bawah radar iReach. Perancangan secara spontan selama 3 hari akhirnya membuahkan hasil. Sambutan boleh tahan. Not bad lah bak kata orang Manjung.



Orang kata kalau nak pergi berperang kenalah bersiap sedia. Paling kurang pun mesti ada senjata untuk melawan musuh. Begitu jugalah dengan bisnes online ini. Kemahiran berbloging wajib ada bagi memudahkan bisnes online ini dijalankan. Kita boleh automate bisnes kita melalui blog. Blog ini ibarat tanah kebun. Kalau sentiasa disemai, dibajai dan dijaga ia mampu memberi hasil lumayan sepanjang hayat.

Oh yeah, berbalik kepada program yang ASB anjurkan ini. Program ini dinamakan Gila-Gila Blog. Tajuk agak metafora siket. Kenapa? Kita mahu melahirkan semangat dan naluri sentiasa berbloging kepada anak2 downline kita. Makan, tido, bangun, kerja pasti ingat blog. Blog adalah keutamaan utama kalau nak berjaya menjadi Jutawan Shaklee yang berintegriti tinggi. Makam dia tinggi siket daripada SID Shaklee yang lain ni jika kita power bloging!

Gila-gila Blog episod 1.0 ini sebenarnya untuk mereka yang masih blur dengan kepentingan blog. Sifu kita Faiz Awan Nano menegaskan kita perlu bercinta dengan blog. Pelbagai teknik telah dikongsikan kepada peserta. Antara teknik yang penting untuk diketahui ialah teknik  SEO atau Search Engine Optimum. Terima kasih diucapkan kepada saudara Hirman yang banyak memberi tips dan kongsi mengenai asas SEO.




Pada hari itu saya telah berkongsi bagaimana kita menyemarakkan blog kita. Kalau kita ada blog tapi tak promot blog kita memang tak jadi apa. Masuk angin keluar asaplah. Nak-nak kita ni baru lagi menjadi seorang bloger. Siapa kita di mata pembaca. Alhamdulillah dapat jugalah berkongsi dengan para peserta walaupun ilmu tidak setinggi mana.

Okaylah, sebenarnya banyak faedah dan ilmu baru yang diperolehi pada hari itu. Nak cerita pun masa mencemburui saya. Yang penting di sini ialah keperluan menjadi ahli Shaklee dengan group yang betul. Mesti pilih group yang betul-betul suportive, aktive dan power memberi bimbingan kepada anak-anak downline. Kita akan merasa seronok tapi sarat dengan ilmu dalam mendaki ke puncak kejayaan. Kami leader di ASB tidak akan membiarkan anak-anak downline kami terkapar-kapar tak tentu arah di medan peperangan. Segala ilmu dan pengalaman akan kami curahkan. Sharing is Caring. Tak syok berjaya sorang-sorang kan? Kita mahu melahirkan lebih ramai lagi insan berjaya dalam Shaklee! Insyallah.

Apapa pun korang boleh lihat kehangatan gambar-gambar Gila-Gila Blog di bawah. Sebelum terlupa saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini terutamanya geng ASB, faiz, Que, Fahmy, Ak, Hamzah, Hirman, Ak dan Master Kamar. 





 
















Friday 17 January 2014

Tegas Tapi Manja menjadi tema ASB Shaklee

Tanggungjawab suami pada isteri

Setelah pulang dari merehatkan otak denganTeh Tarik Session atau lebih tepat lagi orang Perak kata mengeteh semalam di Shah Alam, perasaan aku membuak-buak untuk buat satu blog mengenai kisah 360 darjah yang berlaku di ruang lingkup kehidupan aku di alam buana ini. 

Orang kata kalau dah dapat seru tu segeralah tunaikan. Maka hari ini lahirlah entri pertama untuk blog ini. Macam big bos Zainul selalu pesan, idea tu datang dengan tidak semena-mena. Cepat-cepatlah save ia dalam hp iphone 5s. Begitu juga dengan 'seru' ini. Jangan biarkan ia datang dan pergi begitu sahaja.

TTS semalam tu bersama dengan group aku sayang bini ASB Shaklee. Ini bukan group sembang kosong maa. Ini group penuh isi dengan ilmu dan hanya 2 orang yang hadir semalam tak berjaya menambah isi di rahim isteri masing-masing. Opps! Best tak nama group. Romantis ala-ala suami metroseksual tak? Kalau korang nak tahu apa istimewanya ASB ni, kenalah klik di sini. 

Perjumpaan kali ini amat bermakna kerana dengan rasminya t-shirt ASB dilancarkan. Tengoklah gambar dibawah tu? Cantik tak? Ada tegas tapi manja tak tema warna tu? Hohohoho


Cara mudah nak sertai group Aku Sayang Bini ASB Shaklee

Korang boleh daftar sebagai Shaklee Independent Distributor di bawah group Lady Boss  Lyna Noh dan Zainol Anuar atau anak cucu cicit Lady Boss. Tapi korang akan lebih terserlah macho jika mendaftar dengan group Superb Fantastic bawah Maznifaeza Mustaffa dan Najamuddin. So sekarang pilihan ditangan korang. Nak terbaik saja ke atau nak terbaik dapat pakej macho? Tepuk dada teruslah hubungi aku di 0192249556 sign up shaklee.