Pages

Thursday, 10 April 2014

Gila-Gila Blog Telah Muncul di Shah Alam

Akhirnya program sulung ASB berjaya dianjurkan!


Lama juga saya membiarkan blog yang masih muda ini terkontang kanting tanpa haluan. Bukan sengaja dibiarkan. Okaylah past is past. Yang penting kita kita kena sentiasa pandang ke depan. 

Baru-baru ini kumpulan ASB buat julung kalinya berjaya mengadakan program sulung mereka di Shah Alam. Untuk info ASB ialah geng suami pengedar Shaklee yang bernaung di bawah kumpulan besar iReach. Program ini dinamakan Gila-Gila Blog hasil cetusan ilham Faiz Awan Nano, Que Razali bukan Que Haidar, dan saya sendiri selaku suami kepada Maznifeaza Mustaffa taukey Superbvitamin atau dikenali Superb Fantastic Team adalah di bawah radar iReach. Perancangan secara spontan selama 3 hari akhirnya membuahkan hasil. Sambutan boleh tahan. Not bad lah bak kata orang Manjung.



Orang kata kalau nak pergi berperang kenalah bersiap sedia. Paling kurang pun mesti ada senjata untuk melawan musuh. Begitu jugalah dengan bisnes online ini. Kemahiran berbloging wajib ada bagi memudahkan bisnes online ini dijalankan. Kita boleh automate bisnes kita melalui blog. Blog ini ibarat tanah kebun. Kalau sentiasa disemai, dibajai dan dijaga ia mampu memberi hasil lumayan sepanjang hayat.

Oh yeah, berbalik kepada program yang ASB anjurkan ini. Program ini dinamakan Gila-Gila Blog. Tajuk agak metafora siket. Kenapa? Kita mahu melahirkan semangat dan naluri sentiasa berbloging kepada anak2 downline kita. Makan, tido, bangun, kerja pasti ingat blog. Blog adalah keutamaan utama kalau nak berjaya menjadi Jutawan Shaklee yang berintegriti tinggi. Makam dia tinggi siket daripada SID Shaklee yang lain ni jika kita power bloging!

Gila-gila Blog episod 1.0 ini sebenarnya untuk mereka yang masih blur dengan kepentingan blog. Sifu kita Faiz Awan Nano menegaskan kita perlu bercinta dengan blog. Pelbagai teknik telah dikongsikan kepada peserta. Antara teknik yang penting untuk diketahui ialah teknik  SEO atau Search Engine Optimum. Terima kasih diucapkan kepada saudara Hirman yang banyak memberi tips dan kongsi mengenai asas SEO.




Pada hari itu saya telah berkongsi bagaimana kita menyemarakkan blog kita. Kalau kita ada blog tapi tak promot blog kita memang tak jadi apa. Masuk angin keluar asaplah. Nak-nak kita ni baru lagi menjadi seorang bloger. Siapa kita di mata pembaca. Alhamdulillah dapat jugalah berkongsi dengan para peserta walaupun ilmu tidak setinggi mana.

Okaylah, sebenarnya banyak faedah dan ilmu baru yang diperolehi pada hari itu. Nak cerita pun masa mencemburui saya. Yang penting di sini ialah keperluan menjadi ahli Shaklee dengan group yang betul. Mesti pilih group yang betul-betul suportive, aktive dan power memberi bimbingan kepada anak-anak downline. Kita akan merasa seronok tapi sarat dengan ilmu dalam mendaki ke puncak kejayaan. Kami leader di ASB tidak akan membiarkan anak-anak downline kami terkapar-kapar tak tentu arah di medan peperangan. Segala ilmu dan pengalaman akan kami curahkan. Sharing is Caring. Tak syok berjaya sorang-sorang kan? Kita mahu melahirkan lebih ramai lagi insan berjaya dalam Shaklee! Insyallah.

Apapa pun korang boleh lihat kehangatan gambar-gambar Gila-Gila Blog di bawah. Sebelum terlupa saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini terutamanya geng ASB, faiz, Que, Fahmy, Ak, Hamzah, Hirman, Ak dan Master Kamar. 





 
















2 comments:

  1. terbaik sekali dari NAJAMUDIN NOR

    ReplyDelete
  2. Nampak meriahnya program ni!

    http://fatinsoho.com/pince-and-pints-tempat-makan-best-kl/

    ReplyDelete