Pages

Tuesday 20 May 2014

3 Tips Penting Sebelum Daftar Ahli Shaklee

Terlajak perbuatan buruk padahnya!

Entri kali ini saya nak kongsi bagaimana nak menjadi ahli shaklee yang berjaya. Ada 3 tips penting sebelum daftar ahli Shaklee yang berjaya. Maksud saya ahli shaklee yang berjaya memperolehi pendapatan bulanan 4,5 dan 6 angka sebulan. Untuk menjadi ahli shaklee yang berjaya tidak boleh daftar ahli dengan penaja sesuka hati dan main hentam kormo jer. Jangan main semborono jer. Jom kita baca entri ini sampai habis! 

Jangan daftar menjadi ahli shaklee dengan 3 jenis penaja ini!


1. Daftar ahli dengan orang terdekat

Maksud orang terdekat ni ialah:

  • Kawan sepejabat
  • Jiran tertangga
  • Saudara mara

Kita daftar ahli shaklee adalah semata-mata untuk menyokong mereka walhal kita tidak pun tahu sama ada mereka ini adalah ahli shaklee yang aktif atau sekadar wujud sahaja. Memang tidak salah untuk mendaftar ahli shaklee di bawah mereka tetapi bagaimana mereka nak membimbing kita untuk berjaya dalam bisnes Shaklee sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang bisnes Shaklee. Mereka tidak tahu cara paling jimat kos dan selamat dalam membina empayar bisnes dengan Shaklee.


Menjadi ahli shaklee dalam group yang betul

Menjadi ahli shaklee dalam group yang betul

Menjadi ahli shaklee dalam group yang betul

Lebih memburukkan keadaan ialah apabila kita tidak mempunyai mentor untuk dirujuk. Jawapan yang paling best bila kita tanya pada mereka ialah

"Apa susah, ko cari jer kat google. Mesti dapat jawapan." 

Nak best lagi apabila mereka suruh kita menyamar sebagai customer dan hubungi blog superbvitamin.blogspot.com 

"Alaaaa, ko whatsApp jer blog ni. Cuba ko menyamar sebagai customer. Ko cubalah whatsApp blog Shaklee yang femes tu. Insyallah ko akan dapat info."

Percayalah! Apabila kita mendaftar ahli dengan penaja yang tak tahu apa-apa pasal Shaklee, jangka hayat kita dalam bisnes Shaklee akan menjadi pendek. Semangat yang meluap-luap nak buat duit dengan Shaklee tiba-tiba akan luntur dan menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Finally kita yang akan meroyan dan menyalahkan Shaklee tak betul walhal kita yang telah melakukan kesilapan sendiri sejak dari langkah pertama menyertai Shaklee. 


2. Daftar ahli shaklee dengan penaja yang tak berapa aktif dan tak power

Ada beza di sini penaja aktif dan power dengan penaja aktif tapi tak power. Kalau nak berjaya dalam bisnes Shaklee kena daftar dengan penaja yang aktif. Betul tak? Tapi jangan lupa pada satu lagi kriteria yang penting ini iaitu 'POWER".


  • Penaja aktif dan power = Power dari segi permasaran offline dan online. Customer yang akan ghairah mencari dia
  • Penaja aktif tapi tak power = Hanya power permasaran offline iaitu kaedah jumpa orang jual barang.

Dalam zaman moden ini sudah pastinya kita dituntut untuk berniaga mengikut konsep bisnes terkini. Kita mesti seiring dengan kecanggihan zaman. Bukan kita yang ketinggalan zaman tau! Daftarlah menjadi ahli Shaklee dengan leader yang aktif dan power. Sebab apa kena power? Power yang macam mana? Jangan salah sangka ya! Power bukan dari segi kekuatan fizikal tetapi power dari segi ilmu dan pengetahuannya mengenai internet marketing. 

Apabila kita mendaftar ahli shaklee dengan penaja yang aktif dan power, segala ilmu internet marketing akan ditransformasikan kepada kita.


Seisi kelas blog marketing

Seisi kelas blog marketing

Seisi kelas blog marketing


 Ini maanfaatnya jika penaja kita power:
  • Anda akan diberi akses ke dalam 'secret group fb' saya yang hanya boleh disertai oleh downline saya sahaja. Anda juga secara automatik akan diakseskan ke secret group fb upline saya (Master) yang sudah berjaya. Dalam group ini banyak info tentang perniagaan online, tips marketing, cara closing dengan betul, bagaimana nak menarik pelanggan dan banyak lagi rahsia perniagaan yang akan diberikan kepada anda
  • Anda juga akan dimasukkan ke satu lagi group iaitu group untuk belajar teknik pemasaran online. Di sini anda akan diajar bagaimana facebook marketing, selok belok berbloging, dan cara nak menconqure google.
  • Personal coach akan diberikan berdasarkan permintaan melalui seminar dan kelas.
  • Jika anda tidak tahu berfacebook atau berblog, kami akan ajar bagaimana caranya. Semuanya akan diberikan. Janji anda ada kemahuan yang jitu untuk berjaya.
  • Ramai downline saya mendapat income 4 angka hanya selepas menyertai kumpulan kami selama 2 atau 3 bulan sahaja. Anda bagaimana? Nak seribu daya, taknak duduk diam-diam

3. Daftar ahli shaklee dengan penaja yang tak tahu promosi

Ada 2 element penting dalam setiap perniagaan. Marketing power dan closing power. Closing power memang senang untuk diajar dan dilakukan. Tetapi bagaimana dengan permasaran/marketing?

Memandangkan majoriti yang mengerjakan bisnes shaklee ini secara sambilan, mestilah nak tahu tips bagaimana nak buat promosi shaklee dengan santai dan flexible. Mesti nak tahu macam mana konsep kita tak cari customer tapi customer yang ghairah cari kita. Mesti nak tahu macam mana bisnes shaklee boleh dijalankan tanpa mengganggu kerja hakiki kita. Boleh dijalankan 24 jam 7 hari seminggu. Best tak?

Tahun 2013 saya dan isteri meraih 7 awards dengan Shaklee.

Awas! Jangan tersilap daftar ahli dengan penaja yang tak tahu marketing planning. Silap hari bulan bisnes yang nak diusahakan tidak kemana kerana sibuk mendalami ilmu nak promosi shaklee. Kita sibuk menghabiskan masa mempelajari ilmu promosi daripada niat sebenar nak bisnes shaklee. Jika orang lain 3 bulan dah berjaya dapat pendapatan 4 angka, kita mungkin setahun baru nak rasa atau mungkin karam di lautan kegagalan.

Okaylah itu sahaja tips yang saya dapat kongsikan di sini. Sebelum entri ni diakhiri saya sudahi dengan bait-bait kata ini,

Ramai yang beria-ia nak berenang ke pulau kejayaan. Tapi tak semua yang berjaya sampai ke sana dek kerana kekurangan stamina dan ilmu berenang di lautan. Natijahnya mereka karam di lautan kegagalan!


Isteri saya pemilik blog superbvitamin.blogspot.com

Jom buat bisenss dengan shaklee bersama kami di Superb Fantastic Team. Langkah pertama untuk anda daftar menjadi ahli shaklee adalah klik best buat shaklee bisnes 

Kalau nak best lagi untuk mengetahui dunia bisnes Shaklee boleh klik iReach menentang MLM haram jadah

Boleh contact saya untuk daftar menjadi ahli shaklee di 0192249556 ~Najamuddin





3 comments:

  1. Sangat setuju. Pilih dengan bijak

    http://fatinsoho.com/pince-and-pints-tempat-makan-best-kl/

    ReplyDelete
  2. yuhuuuu kabar gembira untuk kalian pecinta gadget...
    http://zapplerepair.com/iPhone-6-lcd-ada-bayangan-hitam-diganti-baru-juga-sama.html
    http://zapplerepair.com/iPhone-6S-masalah-lcd-display-kadang-mau-muncul-kadang-engga.html
    http://zapplerepair.com/perbedaan-antara-lcd-iPhone-original-sama-iPhone-lcd-ori-kaca-palsu.html

    ReplyDelete